Orang-orang pada pertengahan 1800-an tidak mempunyai karpet yang dipasang di lantai (wall-to-wall carpet) seperti yang kita miliki sekarang. Penyapu karpet atau sapu ketika itu, bukanlah alat yang berkesan untuk membersihkan karpet kerana tanah akan jatuh di antara serat-serat bulu dan ini menyukarkan lagi kerja-kerja pembersihan. Mereka ni macam mak-mak kita kat rumah la basuh karpet sidai kat pagar pastuh mintak anak-anak ketuk sampai habuk keluar. Memandangkan aktiviti membersihkan karpet ketika tu diorang buat sendiri, so setahun sekali jerla karpet tu dibersikan, macam kita jugak (bila nak raya sibok ketuk karpet). Tapi bila karpet ni dibersihkan dengan cara mengetuknya dengan belahan kayu, ia merosakkan karpet dan ada pulak sampai tak sengaja buat lobang kat karpet tu. Inovasi pun muncullah ketika itu “Pemukul Karpet” atau “Carpet Beaters” yang aktif digunakan pada pertengahan tahun 1800 hinga awal 1900.


Ini pulak bukti yang menunjukkan ada yang menjalankan bisness membersihkan carpet dengan harga 7 ½ cents per square.
source:vachunter.com


0 comments:
Post a Comment