Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Sunday, November 15, 2009

Kenalkah Anda kepada Zuhair Murad?

Pereka ni adalah antara yang menjadi rebutan Hollywood Star. Koleksi yang sangat hebat dan bangga bila di pakai. Mungkin ada yang pernah tgk Miley Cirus pakai pakaian ini. Pereka ni namanya Zuhair Murad yang berasal dari Lebenon. Pertama kali mempersembahkan koleksinya di Paris pada tahun 2001. Houte Couter memang jadi pilihan.

Semakin hebat namanya, sehinggakan ramai artis yang memakai rekaannya antaranya Eva Longoria( Desperated Housewife), Whitney Houston, Jenna Fischer, Carrie Underwood, Miley Cirus dan ramai lagi.






Sangat detailed, exclusive, stunning, fresh idea and speechless
Koleksi Penuh : Zuhair Murad

Monday, November 9, 2009

Asal-Usul Vacum Cleaner - Part 2

Pada akhir 1800-an dan awal 1900-an beberapa mesin telah diperbuat daripada plat metal, cast iron, dan ada juga diperbuat daripada kayu.

Kebanyakan vacuum pada masa itu dipasang pada papan kayu atau kereta luncur untuk kestabilan. Mereka biasanya mempunyai pemegang yang besar. Setiap enjin memiliki diafragma untuk mencipta ruangan pengisapan dan compartment untuk menangkap dan menahan tanah.

Ada juga idea kreatif yang meletakkan cermin kaca yang membolehkan kita melihat debu diangkat. Ada juga rekaan yang sudah mempunyai saluran udara yang disambungkan kepada tabung blower. Inovasi ini menukar vakum kepada mini kompresor.

Cara termudah untuk dengan menggunakan enjin pam tangan ini memerlukan dua orang mengoperasikannya. Sorang tuh mengendalikan pam vakum yang sorang lagi menggunakan selang dan tongkat untuk membersihkannya. Inilah penyedut debu paling awal yang mahal pada waktu itu.

Thursday, November 5, 2009

Hari nie aku belajar...........

Menukar Templete Blogspot- daripada flat kepada yang lebih canggih!!


Akhirnya ada jugak templete yang lawa. Fuh!!! jenuh ni mencari yang sesuai. Tebesor la terkecik la.. penyek pon ada.. nampak sangat tak pro. hehe
Blog ni yang bantu aku klia-community.com.
Terus aku register jadik community, tanda terima kasih aku.
Thanks Ya!

Wednesday, November 4, 2009

akusurirumah.com

Blog ni satu laman yang aku cipta utk menuliskan apa sahaja yang mungkin akan membantu ibu-ibu kat rumah ker.. tak pon ibu-ibu yang bakal duk kat rumah atas sebab-sebab tertentu. Sebenarnya blog ni aku dah setup lama sebulan yang lepas, dah ada beberapa post la,tapi ntah kenapa aku tak leh nak log in.. ait??? so aku decide aku buat balik semula. so hilanglah segala post yang ada. Apa boleh bikin..

Sudi-sudikan melihat apa yang terbaru nak menarik kat blog ni.

Theme ni aku buat untuk diriku sendiri menggunakan Artisteer2.o yang aku beli.

regards,
akusurirumah.com

korang suka yang mana?

Internet Provider kat malaysia ni banyak. The best? Aku setakat ni guna streamyx. Alhamdulillah ok. Tapi aku terpanggil bila dengar P1 W1Max.
Sekarang tgh hot iklannya kat tv, surat khabar, majalah, signboard2 tepi jalan heboh suh "POTONG". Aku salute idea Iklan TV P1 W1Max.ni. Creative, Interactive dan Berkesan.

Iklan Wireless ni jugak menggugat Streamyx. Dah dengarkan iklan dia kat radio, "JANGAN POTONG" Erm..... ???? Iklan kat surat khabar lak siap letak gambar sorang lelaki pegang laptop kat tepi tingkap.

Tepok dada tanya la poket anda. Betul, kita memerlukan kecanggihan dalam memudahkan kehidupan. Tetapi kecanggihan tuh memerlukan modal yang besar. Tapi bila season nya dah smpai... modal tuh akan jadik murah. Adat barang elektronik.....

ATISTEER2.0- HOW TO DO

Tuesday, November 3, 2009

ASAL USUL VACUUM CLEANER-PART 1

Pernah tak korang sumer terpikir macam mana karpet org dulu-dulu dibersihkan? Aku ada baca satu article tentang VACUUM CLEANER

Orang-orang pada pertengahan 1800-an tidak mempunyai karpet yang dipasang di lantai (wall-to-wall carpet) seperti yang kita miliki sekarang. Penyapu karpet atau sapu ketika itu, bukanlah alat yang berkesan untuk membersihkan karpet kerana tanah akan jatuh di antara serat-serat bulu dan ini menyukarkan lagi kerja-kerja pembersihan. Mereka ni macam mak-mak kita kat rumah la basuh karpet sidai kat pagar pastuh mintak anak-anak ketuk sampai habuk keluar. Memandangkan aktiviti membersihkan karpet ketika tu diorang buat sendiri, so setahun sekali jerla karpet tu dibersikan, macam kita jugak (bila nak raya sibok ketuk karpet). Tapi bila karpet ni dibersihkan dengan cara mengetuknya dengan belahan kayu, ia merosakkan karpet dan ada pulak sampai tak sengaja buat lobang kat karpet tu. Inovasi pun muncullah ketika itu “Pemukul Karpet” atau “Carpet Beaters” yang aktif digunakan pada pertengahan tahun 1800 hinga awal 1900.

Ini pulak bukti yang menunjukkan ada yang menjalankan bisness membersihkan carpet dengan harga 7 ½ cents per square.


Green Technology

Korang ada jeans yang tak pakai? Mesti ada kan.. Ari tu aku tgk kat ntv7 documentary tentang Green Technology. Aku kagum gile ngan produk ni :


UltraTouch - clik untuk tgk broucher
Bahan utama adalah cotton and diorang recycled kain jeans yang ada kat dunia ni utk buat bahan ni. Briliant Idea kan? Penjimatan yang mendatangkan hasil. Kat luar dah start dengan green technology, kat Malaysia? Harap-harapnya ada la engineer yang kat luar tuh memikirkan tentang hal ni.
Mungkin faktor utama kat malaysia ni anai-anai (penyebab kekangan untuk membina banggunan yang menggunakan kayu kayan kita. ) Kalau kita sendiri pon( kalau yang ada duit lebih) pikir 1000 kali nak buat rumah guna kayu. Sebab? anai-anai la.. nak cover cost maintainance tu.....

INFO BARU-UTK BLOGGER SEKALIAN

Pernah terfikir fail-fail html yang anda ada tuh boleh ditukar format ke PDF file? Ini sesuatu yang baru aku jumpa. Sebenarnya masalah timbul bila file image theme artisteer aku ni kecik sgt. Bila click display tak nampak.(ini memang kekurangan software ni) Bila dah kecik susah le nak nakpost bagi org nampak. So aku cuba guna DREAMWEVER. Hancus file aku jadik nye. Pastu try lak guna phothoshop. Takleh bukak la sebab file tuh .html.
So aku terfikir idea, boleh ke file html yang masih lagi dlm folder komputer aku(file:///C:/Documents%20and%20Settings/hisam_naza/Desktop/collection%20wp/naza_design/page.html) aku tukar ke format pdf, supaya senang aku nak bukak kat photoshop?
Aku try google and aku jumpa ni HTML2PDF Pilot selesai masalah aku!!











Akhirnya dapat aku tunjuk kat korang design web theme aku dgn rupa yang lebih jelas skit.


click gambar utk view yang lebih besar






Artisteer 2.0

Aku baru jer beli software ni Artisteer 2.0(business edition).
File yang aku dah create akan aku export jadik FOLDER ataupun ZIP file. Artisteer ni tak perlukan kemahiran css atau pon codding2 html. Korang boleh jer cuba Trial Version kalau nak tengok kemampuan artisteer.